The muslim ummah
is a unique ummah
among the whole mankind
Their land is one
their war is one
their pain is one
and
THEIR TRUST IS ONE!
(Persatuan Rakan Surau Kolej Perindu)
Lupakan sebentar jika ada grammar yang tidak betul dalam puisi ini.Bukan itu tujuannya ditulis; untuk mengajar grammar tetapi sebagai pedoman.Saya kira rata-rata yang membacanya pasti boleh memahaminya dengan cukup mudah.Betul, cukup mudah.
Perindu
Selesai solat maghrib, saya terbaca puisi ini di
white board di surau kolej Perindu. Mata ini melihat sejenak tulisan itu.Memahami.Menghayati.Mengamatinya lagi.Sesuai sekali dengan nama kolej yang saya diami, terasa rindu benar akan ayat-ayat yang ditulis ini kembali menjadi realiti.Bukan hanya tulisan yang disusun indah!
Tidak dapat dinafikan, Muslimin itu unik. Kenapa? Uniknya kita, setiap hari kita boleh berkomunikasi secara langsung terus kepada Yang Maha Esa.Uniknya kita, kitab suci yang diperturunkan sebagai rujukan hidup tidak akan diubah sehingga matahari terbit dari barat sekalipun.Uniknya kita pabila bangun di waktu malam berQiyam; tidak timbul rasa takut kepada makhluk lain melainkan kepadaNya.Hmm..mungkin contoh yang diberi tidaklah nyata sangat kerana saya ini masih mentah dalam menjana idea.Namun,tidakkah kita menggangap diri kita unik?Tanyalah diri sendiri.
Namun, saya tertarik dengan ayat "their pain is one". Benarkah kita masih berkongsi rasa duka sesama kita?Fahamkah kita akan penderitaan saudara-saudara kita di tempat-tempat lain?Di Palestin.Di Filipina.Di Afghan.Di selatan negara jiran dan lain-lain lagi.Tatkala mereka mengangkat senjata mempertahan maruah agama; kita leka dengan nikmat yang dikurnia.Saya tidak pandai bermadah pujangga namun cukup sahaja ditulis di sini agar kita semua beringat-ingatlah akan kepayahan saudara kita yang lain.Pabila mengingat kepayahan,akan kita syukuri kesenangan.Pabila bersyukur,tiadalah kita leka kerana hati akan sedar siapa lebih berkuasa untuk menarik atau menambahkan lagi rezeki.
Their war is one
Perang?Perang apa yang dimaksudkan ini?Pada suasana dan mood negara ini..saya terfikir:mungkin perang sesama kita.Mungkin perang kata-mengata,fitnah-memfitnah, umpat-mengumpat dan banyak lagi.Namun masih tidak ada yang 'terbunuh' dalam perang sebegini.Masing-masing berperang dengan segala macam 'alat perang' yang canggih dan moden.Haha.Tapi itu hanya terjahan pemikiran seorang remaja yang masih muda kilang akalnya untuk manufacture sesuatu idea yang lebih bernas untuk dipasarkan.
Namun, perang apa yang kita bersatu untuk memenangkannya?Perang melawan nafsu?Perang menentang kekufuran yang berlaku di planet ciptaan Tuhan in?Perang memintas percubaan Kafirin mengusai dunia?.Perang apa saudara yang kita sama-sama tentang?Saya terus mencari.
Sejarah
Tidaklah saya suka untuk menulis perkataan sejarah ini kerana ada memori pahit berkait dengannya.Tapi pada pandangan saya,semua ayat yang ditulis pada puisi tersebut lebih terserlah kebenarannya pada Zaman Kegemilangan Islam suatu ketika dahulu.
Kini...
Dunia kita tidak lagi bersatu.
Perang kita tidak lagi bersatu.
Kesakitan kita tidak lagi bersatu.
Lalu bagaimana kita akan mengulang suatu zaman yang lalu? Sejarah yang gemilang!
Mujurlah ayat terakhir itu dibesarkan kesemua hurufnya.Fahamlah akan saya kepentingan huruf-huruf itu dibesarkan. Saya percaya itulah penyelamat kita dalam usaha membentuk satu ummah yang dinanti-nanti kita semua.Berpeganglah dengan intipati kalimah syahadah yang dilafazkan.Moga-moga sejahtera kita disini dan di kemudian hari.
Di Bawah Satu Cahaya
Kita adalah saudara
Asal dari adam dan hawa
Dibuai oleh gelombang
Dibesarkan zaman
Di bawah satu cahaya
Dulu kita ikrar bersama
Dari kalam dan sirahnya
Kita taat saling percaya
Yakin dalam melangkah
Lewati badai sejarah
Pada arah yang sama kita berdiri
Pada air yang sama kita bersuci
Pada takbir yang sama jangan bertengkar
Pada doa yang sama usah menyendiri
Sebarkanlah...Bersabarlah
Mari kita renungkan
Lalu kita bertanya
Benarkah kita manusia
Benarkah berTuhan
Katakanlah...Dialah tujuan
Pada arah yang sama...kita berdiri
Pada air yang sama...kita bersuci
Pada takbir yang sama...jangan bertengkar
Pada doa yang sama usah menyendiri
Bertekadlah, berdoalah, bersujudlah, bersyukurlah (sebarkanlah...)
AKHIL HAYY FEAT. SALLEH BROTHERS,
AMIR PEARL, AZAHARI NSH
lagu/senikata: Akhil hayy