"Nizam, kamu kalau nak berjaya, jangan sekali-kali fikir nak menggatal dengan budak perempuan,faham?" tutur Mami saya. Di sebalik suara lembut itu, dapat saya rasakan 'ugutan' yang diselitkannya.
"Haha,relax la Mi, orang confirmnya takkan couple,"jawab saya dengan penuh keyakinan.
SDAR
Melihat kembali kehidupan 5 tahun di Sekolah Dato' Abdul Razak,corak kehidupan di situ memang senang sekali melalaikan saya dari memikirkan sebarang hal berkaitan perempuan.Kesibukan belajar dan menempuh aktiviti seharian bersama-sama sahabat Gemilang 03'7 dan SDARians yang lain tidak membenarkan saya mencari ruang walau sedikitpun untuk saya berfantasi dengan mana-mana gadis idaman!
Adalah juga kursus-kursus yang saya hadiri yang memerlukan pergaulan dengan perempuan,tetapi Alhamdulillah ketika itu tidak ada apa-apa yang lebih berlaku antara saya dengan mana-mana peserta perempuan.Saya berbincang dengan biasa dengan mereka walaupun tidak saya nafikan ada sebahagiannya mempunyai raut wajah yang bisa mencairkan hati kawan-kawan saya.
"Wah Zam,best la kau tadi kan borak dengan minah tu!Korang borak pasal apa tadi?Ohh..dah pandai eh kau sekarang ni,"usik member saya yang sorang ni.Tergelak saya.
"Ohh, habis tu selama ni kau ingat aku ni bodoh la ya?"sengaja saya menempelaknya kembali.Pandai apa yang dimaksudkan? Tanyalah pada member saya ni.Entah apa-apa yang dia merepek ketika itu.
Seriously, pergaulan saya dengan sahabat-sahabat saya seperti Lebaijawi dan Ibn Kamaluddin(sekadar menyebut beberapa nama) mengukuhkan pendirian saya agar tidak terjebak dengan Cinta Monyet seawal usia yang mentah ini.Saya berterima kasih pada mereka.
Namun, sampai 2007 sahaja kami bersama kerana selepas itu,masing-masing membawa hala tuju masing-masing.Dengan itu, saya harus bergerak dengan pendirian yang telah disemai.
Jauh
Dalam merencana kehidupan yang bukannya under-18 lagi, saya akur kehidupan kini lebih mancabar.Besarnya cabaran hingga saya alpa dengan pendirian yang dibina!
Kini, saya dapat merasa kembali suasana belajar bersama-sama dengan pelajar perempuan.Suasana yang ada positif dan negatifnya.
Positif: Saya tidak lagi berada dalam zon selesa.Sikap aktif pelajar perempuan dalam bertanya soalan dan kerajinan mereka melengkapkan tugasan yan diberi memberikan saya perspektif yang baru dalam menilai kembali gaya belajar yang efektif!
Negatif:Lebih kepada kegagalan saya dalam mengawal perasaan dan kelakuan.Saya semakin pendiam dalam berkomunikasi dan ada kalanya kekok untuk berkata-kata.
Dan..pendirian saya mula jauh dari apa dibina.Hati saya terkesan tatkala melihat seorang pelajar ini.Memalukan dan mengaibkan juga kerana penangan Cinta Monyet sudah menyerang.Hati saya tidak lagi tenteram dan semakin tenggelam.Jauh..teramat jauh..
Member pulak kata apa? Di sini dapatlah saya katakan,rata-ratanya semakin menggalakkan saya agar mengapproach kepada pelajar itu dan belum seorang lagi pun yang menunjukkan jalan keluar yang seeloknya!Saya hampa dengan 'nasihat-nasihat & tips-tips' yang diberi.Isinya lebih kepada; mendekati insan,menjauhi Tuhan.
Keluarga
Lantas beberapa hari yang lalu, saya meluahkan kepada keluarga saya; kelemahan iman ini dalam memerangi pergolakan jiwa muda ini.Sesudah berbual dengan kedua-dua orang tua saya dan juga abang saya..hati ini mula tenang dan tenteram.Tatkala itu,hati saya terharu sekali teringatkan diri ini yang hampir-hampir mengkhianati amanat ibubapa.
Saya akur,bukanlah harapan ibubapa saya berbelanja beratus-ratusan setiap bulan menghantar saya ke universiti; semata-mata unuk diri ini mencari buah hati.Bukan itu tujuannya!Saya akur..
Jika demikian halnya(yakni saya berpacaran), saya tiada lagi maruah apabila berhadapan dengan ibubapa saya kerana sesungguhnya saya telah menderhaka kepada mereka.
Sunday, September 14, 2008
Sakit T_T
3 minggu..
Hmm,sudah agak lama bagi otak ini tidak memerah sebarang isu yang ingin dilontarkan pada medium maya ini..serabut.Ya! Itulah perkataan yang sesuai dalam senggang masa entri terakhir (Si Perindu) dikeluarkan higgalah entri ini saya hasilkan.
Serabut sekali fikiran saya..
Serabut sekali hati ini..
Serabut sekali kehidupan saya keseluruhannya!
Walhal.. ini bulan Ramadhan,bulan yang tidak perlu lagi saya ulas berjela-jela kebaikan & keberkatan yang ada dalamnya.
PENYAKIT
Ianya bukanlah penyakit fizikal.Akan tetapi yang paling tepat sekali ialah penyakit rohani.Tenat sekali sakitnya hinggakan terputus harapan dia dalam meneruskan hari-hari esok.Dia lupa bahawasanya tiadalah yang dapat menurunkan sebarang mudarat melainkan jua dengan izin-Nya..
DIA LUPA!
Lagipun, siapa yang nak disalahkan jika sudah terang-terang lagi ; dialah penyebab kepada penyakitnya itu sendiri.Tidak ada gunanya dia menunding jari kepada sesiapa.Lebih elok dan lebih molek, baiklah dia sedar akan keadaan dirinya itu sendiri..
Nasihat ini bertujuan agar dia tidak lagi tercari-cari punca ; "Kenapa keadaan aku menjadi sebegini rupa?"
Kamu yang bertanggungjawab! Maka pikullah akan apa yang dipertanggungjawabkan keatas kamu..Bukannya lari melupakannya!
Akhirnya, dia akur..dia akur..
Dia hanyalah hamba,yang tidak berhak memohan kemuliaan untuk dirinya; seandainya kemuliaan Tuhannya sendiri tidak dia jaga..
Dengan itu,pulanglah ke permulaannya..Jadilah kamu seorang manusia seperti yang telah diperintahkan keatas mu oleh Tuhan Yang Maha Agung..moga-moga belumlah terlambat kamu sebuh dari penyakit yang berbahaya..penyakit rohani dan hati..

Subscribe to:
Posts (Atom)