"Zam, Pok Ri tengah koma sekarang.Accident motor tadi,"
Masya-Allah! Saya tergamam. Membaca mesej yang dihantar oleh abang saya itu menyebabkan saya yang baru bangun dari tidur , terus membeliakkan mata yang masih lesu.
Pak cik kami yang kami gelarkan sebagai Pok Ri sedang terlantar di hospital, bertarung antara hidup atau mati.
Terus, saya menelefon abang saya bertanyakan perihal insiden itu. Nasibnya baik. Walaupun tempurung kepalanya retak sedikit di bahagian tepi (dan dikatakan serpihan tulang tersebut masuk sedikit ke dalam otak), beliau terselamat. Namun, keadaannya yang masih tidak sedarkan diri membimbangkan pihak hospital.
3 Insiden
Dalam tempoh 2 bulan ini, 3 accident motor yang membabitkan orang-orang yang berkait dengan saya, telah berlaku. 2 kes melibatkan ahli keluarga saya (sepupu & pak cik) manakala 1 kes lagi melibatkan 2 orang budak batch saya. Terasa gerun sekali tatkala memikirkannya.

Sepupu saya itu, hilang kaki kirinya. Ketika menunggang motor di tengah hujan, nasibnya kurang baik apabila motor yang dibawanya tergelincir. Lalu, lori di belakang yang tidak sempat memberikan refleks yang cepat menggilis kaki sepupu saya itu.
Mujur hanya sebelah.Akan tetapi, saya masih tertanya-tanya ; bagaimana dia mengelak lori tersebut dengan hanya kehilangan sebelah kaki.Wallahualam.
Keadanya ketika itu kritikal, tetapi dia tidak panik.Lantas, kuranglah darahnya hilang kerana dia bijak menahan darah daripada mengalir dengan kadar yang cepat.Orang ramai datang dan dia segera dikejarkan ke hospital.Keadaannya stabil tetapi malang sekali kakinya tidak dapat disambungkan semula.
2 orang rakan satu batch saya pula lain ceritanya.Mereka jatuh tatkala membelok. Saya tidak pasti keadaanya bagaimana lantas tidak perlu saya mereka-reka kisah.Akan tetapi, sewaktu melawat kedua-dua mereka di Hospital Putrajaya,keadaan saudara Firdaus amat teruk.
Mati-mati saya ingatkan dia pesakit lain yang saya tidak kenali, lantas saya terus ke katil saudara Asywad.Keadaannya lebih stabil dan tidak memerlukan support machine untuk memantau pernafasan, tekanan darah, paras oksigen dan sebagainya.Ketika kami, rakan-rakan melawatnya, dia sedang tidur bagi mendapatkan rehat yang secukupnya.Lagipun, dia baru selesai menjalani pembedahan mulut akibat kemalangan tersebut.
Lain pula halnya akan saudara Firdaus.Rahangnya patah, giginya berselerak, bahagian kiri mukanya bengkak dan cedera teruk akibat bergesel dengan permukaan jalan .Maka bayangkanlah keadaan mukanya yang berubah sama sekali.Hiba sungguh tatkala melihat keadaannya.
Hospital
Lalu, pada cuti semester ini saya berpeluang ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk menjaga pak cik saya yang koma itu.Terkejut juga saya, tetapi keadaannya ketika saya sampai sudah agak baik berbanding seminggu yang lepas, itu kata Mami saya.
Sepanjang 2 minggu saya berada di sana, tiada perubahan ketara pada pak cik saya itu.Dan 2 minggu itu diisi dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran di sebelahnya.Saya juga diamanahkan untuk mengelap badannya dan menuangkan sedikit air Zam-zam ke dalam mulutnya.Pagi dan petang hanya dilalui dengan memakai baju biru khas memasuki kawasan pesakit-pesakit HDU.
Dan sehingga saya pulang ke Kuala Lumpur semula, dia masih koma.Semoga Allah menyembuhkanmu dan meringankan siksaan-Nya keatasmu, doa saya di dalam hati ini.
Petaka
Lantas, perlu sahaja saya peringatkan diri ini.Jika petunjuk sudah diberi, berubahlah kamu sebaik-baiknya.Takut-takut tatkala dilanda ujian-Nya, kamu tidak berkesempatan lagi.
Mungkin kamu akan hilang anggota badan.Mungkin kamu akan dicabut daripada dirimu kehebatan-kehebatan yang pernah kaumiliki satu masa dulu.Dan mungkin saja kau akan tidak ada upaya untuk bangkit.
Ya, sememangnya semua itu ujian Allah dan tidaklah Allah mendatangkan ujian kecuali ada hikmah di sebaliknya ; dan sesuai dengan kemampuan kita.Lalu, usah dihukum begitu saja peristiwa malapetaka dan musibah yang berlaku di sekeliling kita kerana ingat, Tuhan sedang berbicara kepada kita dalam bentuk ujian.
Dengan itu, janganlah kita membalas bicara Tuhan dengan sikap yang mendengkelkan.
Nasihat
Bila kita melihat kemalangan, kematian, kemusnahan, musibah dan sebagainya, ingat, itu satu bentuk petanda dari-Nya ; bahawa kita ini HAMBA! Yang bisa saja ditarik nikmat hidup, kemewahan dunia dan kehebatan diri.
Akhirnya, ingin saya seru beralihlah kembali kita pada-Nya setalah lama tersasar dari landasan Sirat-Al-Mustaqim..Amin.