"Nizam, ice skating jom esok kat Sunway.Alaa, enjoy-enjoy la sikit dah habis Pre-med ni,"ajak kawan-kawan saya.
"Okay, aku on je la macam tu," mengiyakan saja pelawaan mereka memandangkan selama 19 tahun ini belum pernah saya cuba sukan yang satu itu.
Sebenarnya, sejak mendengar pengalaman-pengalaman kawan-kawan bermain ice-skating, teringin benar hati ini untuk mencuba juga namun banyak kali saya tidak berkesempatan pergi sekali bersama mereka.Apa lagi, memikirkan mungkin inilah sahaja peluang sebelum waktu degree yang sibuk nanti, saya tidak keberatan menolak ajakan kali ini.
Suka ria
Bertolak dari rumah pagi itu, seperti biasa Mami akan berpesan dengan macam-macam nasihat.Seakan saya perlu diperhati olehnya setiap masa,tetapi saya faham kasih seorang ibu, memang begitulah jadinya.Maaf ya Mami, haha.
Tiba di Sunway Pyramid, saya merayau-rayau sebentar sementara menunggu ketibaan Be, Syakeel, Apis,Iqbal & Am.Sempat membelek-belek buku Nur Madihah (Pelajar Cemerlang SPM 2008) di Popular dan selepas membaca kisahnya, terasa kecil diri ini.Apalah nilai yang ada pada diri saya ini jika nak dibandingkan dengannya.Jauh benar jurangnya.
Ting Tong, nada dering mesej telefon bimbit saya berbunyi.
"Nizam, jumpa kat court"
"Ok2.. aku otw.."
Kami berkumpul, makan tengah hari di McDonald dengan mengambil kesemapatan McValue Lunch untuk memotong bajet yang tinggi sebelum ke kaunter Sunway Pyramid IceSkating.Usai urusan jual beli, tanpa berlengah kami segera bersiap dengan gloves dan skates masing-masing.
Noob
Begitulah gambarannya apabila kali pertama saya menjejak kaki si atas gelanggang ais itu.Asyik di tepi memegang dinding sambil dipimpin kawan-kawan.Persis budak-budak kecil belajar berjalan dipimpin ibubapanya.Haha.
Tetapi Alhamdulillah, buat 2 sesi yang pertama saya berupaya mengawal keimbangan badan saya daripada tergelincir,terjatuh dan berlanggar dengan orang lain.Kredit kepada teman-teman yang membimbing, saya mungkin sudah jatuh pada sesi yang pertama kalau tidak mereka menahan saya.Dan saya bertahan selama 2 sesi tersebut tanpa sebaran insiden yang buruk.
"Haha tak apa Zam, memang kita orang dah biasa bawa orang-orang noob ni.Kau tahan je jangan bagi jatuh," sela kawan saya.
"Huish, jangan la macam tu.Tak apa, tengok je lepas ni aku dah power la,"balas saya dengan penuh yakin (nada saja yang yakin, hati separa saja, hehe).
Dan saya teruskan berlatih skating hingga berpeluh-peluh walhal tempat itu punyalah sejuk (peluh dingin mungkin?).Berlatih dan terus berlatih.
Petang
Jam menunjukkan pukul 6.15 petang.Sementara menunggu gelanggang diselenggara,kami berehat dan berbual menghilangkan bosan.
Telefon saya berdering dan saya melihat nama Mami di skrin telefon.Alamak!
"Nizam, di mana ni?Pukul berapa nak sampai rumah macam ni kalau tak balik sekarang?Marah pula Ayah kalau kamu ni tak sampai sebelum maghrib.Isy, bertuah betul la ," terngiang-ngiang lagi ayat Mami saya tu di telinga tatakala menulis entri ni.Haha
"Alaa Mi, orang nak habiskan 1 sesi lagi.lepas Maghrib Nizam balik lah.No worry okay, haha,"cepat saja saya memintas cakap beliau.Faham sangat dengan perangainya yang benar-benar risau perihal anak-anak ini.Memang macam ini lah jadinya kalau anak-anaknya keluar pergi berjalan.
Dan seterusnya kami meneruskan lagi ice skating untuk sesi yang berikutnya.
Dish! Tersembam saya ke bekakang bila di pintu masuk gelanggang.Adui segannya lah, baru di pintu dah jatuh.Saya bangun dan segera berlari.Untuk sesi kali ini, saya sudah tidak bergantung pada teman-teman dan sudah boleh mengikut mereka speeding (bak kata orang kampung saya lah).Lalu buat beberapa minit seterusnya, saya syok saja berlari-lari.Yalah dah pandai sikit, kenalah cuba speeding pula.
Akhirnya..
Di hujung gelanggang, saya tidak sedar akan keadaan gelanggang yang makin licin dek ramainya orang telah mencairkan ais di gelanggang itu dengan skil-skil mereka.Saya dengan egonya melajukan diri.
Skreet! Saya tergelincir dan kali ini tiada lagi rakan-rakan yang akan menahan saya.Tanpa sempat mengucap, refleks badan mengisyaratkan agar tangan kanan menahan badan ini dari jatuh tersembam ke hadapan dan ... Prakk!! Saya dah mula rasa tak sedap hati.
Apis sampai di belakang dan memapah saya ke tepi.Sakit di tangan bertambah-tambah tetapi saya masih di atas gelanggang.Pintu keluar masih jauh dan agak ramai berkumpul di situ.
Nasib baik akhirnya saya dapat keluar dan berehat di bangku dengan selamat.Rakan-rakan yang lain mula berkumpul untuk melihat apa yang terjadi.Saya cuba-cuba mengangkat tangan.Sangkanya hanya terseliuh sedikit, tapi..
"Eh Zam, apsal bahu kau cam rapat je dengan badan.Ha, ni mesti bahu masalah ni.Check sikit," ujar salah seorang dari mereka.Huh?
Saya memegang bahu dan berasa amat perit tatkala memegang bahagian tepi bahu.Ruang ketiak saya rasakan semakin kecil dan saya memang tidak berupaya lagi mengangkat tangan keatas.Alamak, shoulder dislocation! Benda yang tidak pernah saya sangka akan terjadi.
Lalu malam itu saya dihantar ke hospital oleh Ayah dan Mami dan tangan diikat ke badan persis Mumia.Haha.Terasa bersalah melihat wajah mereka berdua.Tidak pasal-pasal anak yang seorang ini berbalut tangan.
Fobia
Akhirnya, saya semakin berhati-hati tatkala membuat sesuatu.Takut tangan ini lambat pula baiknya.Setiap perkara yang memerlukan saya mengangkat benda-benda berat, saya berkira-kira untuk melakukannya dan kini tiada lagi dumbell, kolam renang, gelanggang tenis dan badminton dan berbagai-bagai lagi aktiviti yang selalu saya buat.Tangan ini tidak boleh diganyang buat beberapa waktu dan saya harus menerima hakikat itu.
Dan terfikirlah saya, kalaulah saya tidak gentar akan jatuh pada hari itu mungkin nasibnya lain.Tetapi insiden ini ada hikmahnya dan saya mengambilnya dengan perspektif yang positif.
Lain hari, jangan takut untuk jatuh walau kamu masih setahun jagung dalam sesuatu perkara.Jatuh mengajar sakit, tetapi jatuhlah dengan cara yang betul agar sakit itu tidak terlalu parah untuk kita menghadapinya.Yang paling teruk, jangan terus jatuh dan tidak bangun-bangun lagi kerana itu bermaksud petaka telah berlaku.
Bunyi dentum di langit,
Boleh jadi alamat petaka,
Senyum-senyum di kala sakit,
Merawat diri dari luka,
p/s: terlalu banyak efek bunyi dalam enti kali ini.Saya harap cuba-cubalah bunyikan efek-efek tersebut mengikut selera sendiri.Salam.