Saya teringat pada satu lagu.Tajuknya Minah Tudung.Pertama kali mendengar lagu ni memang kelakar dibuatnya.Mengambil melodi dari sebuah lagu Holywood yang
catchy beatnya dan memasukkan lirik mereka sendiri,saya kagum dengan kekreatifan mereka ini.Walaupun ada ayat yang saya rasa tidak perlu diletakkan, teguran bersahaja di dalam lagu ini harus diberi perhatian buat mereka yang bertudung dan faham agama; agar tidak terjebak sama.
Gejala bertudung hanya untuk tujuan berfesyen amat membimbangkan.Kehadiran artis-artis memperaga tudung yang menampakkan sedikit rambut dan leher memang saya kecam habis-habisan.Hal ini yang menjadi masalah kerana perbuatan mereka ini akan ditiru buta-buta bagi mereka yang tidak faham akan hakikat bertudung.Ada juga yang bertudung tetapi kain tudung yang dipakai amat jarang hingga boleh menampakkan apa yang ter"sembunyi" di sebalik tudunh itu.Memang pakai tudung,tetapi nampak leher,nampak telinga dan sebagainya.
Satu hal lagi,perbuatan biasa yang mengiringi pemakai-pemakai tudung zaman ini.Berpakaian ketat.Walaupun rambut ditutup,bentuk badan diperlihatkan sewenang-wenangnya kepada semua orang.Bangga dengan kelangsingan badan yang saya yakin tidak akan bertahan lama.Oleh sebab itu,walaupun bertudung,terdapat mereka yang memkai T-shirt lengan pendek,seluar jeans yang ketat,bahagian dada yang dipamer sesuka hati,tudung yang tidak melabuhi paras dada.
Masya-Allah,mudah benar gadis-gadis muda Islam sekarang ditipu dan diperdaya oleh fahaman-fahaman fesyen dan keterbukaan minda.Walhal,kalaulah mereka tahu hakikat sebenar menjaga aurat,bukannya cukup sekadar menutup.Tutup sahaja tidak cukup kerana walaupun ianya ditutup,perbuatan berpakaian ketat itu tiada bezanya dengan mereka yang tidak menutup aurat.Bentuk badan dan bahagian tubuh yang diperlihatkan serupa sahaja.Sebab itu kaum hawa diseru untuk melonggarkan pakaian mereka agar terjaga aurat daripada pandangan lelaki.
Ingat-ingatlah seruan untuk menjaga aurat wahai kaum hawa.Ianya lambang kehormatan anda dan peliharalah ia walaupun anda terpaksa bersabung nyawa.Anda ingat anda cantik dan memikat dengan menampakkan aurat,lalu lelaki akan tertawan.Anda akan silap.Anda sebenarnya tertipu dengan jerat syaitan.Beringat-ingatlah dengan pesanan ini wahai kaum hawa.
Saya PERNAH nampak cahaya agama yang sinarnya memukau indah.Akan tetapi,cahaya itu lama kelamaan terus malap dan malap.Tenggelam bersama kehanyutan saya.
Minah Tudung
Minah minah tudung zaman sekarang ramai cacat otak [bodoh]
Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat ketat [bodoh]
Ada pula pakai tudung tapi pakai t-shirt pula [bodoh]
Mana ke tidak masyarakat kita di pandang rendah [bodoh]
Keluar dengan mak pakai tudung
Pakai sopan aurat tertutup
Tapi bila keluar dengan kawan aurat tertedah
Bagi lelaki tengok percuma
Aku sendiri tengok pon heran
Agama kuat tapi baju ketet
Buka tudung rambut perang
Perang perang
Konon tu nak tunjuk belang
Tindik sini tindik sana
Bukan di telinga sahaja
Lidah pon ada
Muke decent tetapi perangai nonsense
Ikut sesuke hati dia
Tapi tak ikut segi agama
Dengan ibubapa pakai baju lengan panjang seluar panjang tapi di belakang
Lain cerite macam monster
Cabut kening ada tatu di badan dia
Pakai makeup pakai lipstick punya tebal
Macam momok macam momok
Masya ala masya ala
Tak boleh angkat tak boleh angkat
Tengok dia tengok dia
Goyang ****** goyang ******
Masuk club pakai tudung
Pergi tandas buka tudung
Ooh
Kemana pergi budaya
Kemana pergi agama
Mana pergi melayu kita
Dengar sini semua
Jangan ikut trend masa kita
Kita rosak kita hancur
Siapa nak jawabkan bila kita di kubur
Mak nak jawabkan [sorry sikit]
Bapa jawabkan [sorry sikit]
Atuk jawabkan [sorry sikit]
Berani buat berani tanggung sendiri
Pikir baik baik
Pikir masak masak
Jangan kita menyesal di hari kelak
Pikir baik baik
Pikir masak masak
Jangan kita menyesal di hari kelak
Berubalah kamu sebelum kamu diberubahkan
Ye lah tuk
Tuk juga yang pandai kan
Wateva lah tuk
Eh eh budak ni