Terkenang hari ini.
Hari yang agak menyedihkan,memalukan,meletihkan dan macam-macam lagi. Hehe.
Sedih 1-Hilang backup file Pertama,saya kehilangan segala contact number & address dalam iPhone saya.Asalnya saya ingin men'jailbreak'kan iPhone itu.Namun,ada sedikit masalah dan saya me'recover'kan kembali kepada factory settings.
Namun,ada lagi masalah rupanya. Saya ingatkan saya dah backup dengan betul kesemua file dalam iPhone itu. Dalam usaha saya hednak me'recover from backup',hanya separuh jalan proses itu berlaku dan terbitlah windows yang menyatakan iPhone saya tidak diconnectkan ke iTunes.
Habis,buntu saya untuk mem'backup' segala file dari iTunes saya. Nasib baik applications yang telah di'download' dari Apps Store masih boleh di'sync'kan semula ke iPhone saya.Tapi..
Habis hilang segala contact,message,notes.Sedikit perasaan kecewa terbit dari hati ini.
Sedih 2-Insiden motor
Kedua,saya menunggang motorsikal milik saudara Fadhli. Meminjam kenderaannya kerana ingin sampai cepat ke kelas dan dia pun tidaklah menggunakan motornya ketika itu kerana dia kurang sihat.Alhamdulillah, perjalanan pergi ke makmal anatomy selamat.Namun, ada insiden yang memalukan berlaku seusai kelas. Haha.
Entah bagaimana boleh terpulas lebih handle accelerator dan sebelum saya sempat membelok ,terlanggar pula divider jalan. Aduh,sakitnya jatuh ditindan motor! Pengalaman: macam ini rupanya jatuh dari motor. Huhu.
Tapi saya masih mampu tersenyum memikirkan semua ini. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku,betul? Saya yakin.
Alhamdulillah ya Allah,Engkau masih memberi aku peluang untuk menghirup udara dan berjalan di atas muka bumiMu ini ya Allah. Aku masih belum terputus hubungan dengan orang-orang yang penting padaku. Terima kasih atas ujian ini,yang mengingatkan aku bahwa aku ini hambaMu.
Alhamdulillah :-)