Thursday, June 09, 2011

HambaMu

Jom dengar ini..kebelakangan ini asyik benar lagu ini disiar di televisyen rumah saya..

Nice one :-)


Wednesday, April 27, 2011

Status hati...

Kosong. Terasa benar kekosongan dihati ini.

Saya tidak dapat menggambarkan perasaan ini dengan kata-kata yang baik. Apa yang saya tahu, hati ini sedang merintih meminta pertolongan. Apa sudah jadi dengan saya ini? Apa yang tidak kena? Entah..

Saya semacam merindui diri saya suatu masa dulu. Apakah diri saya yang pada masa ini plastik dan robot semata-mata? Kalau jawapannya tidak,kenapa saya tidak merasa roh & nikmat hidup yang telah Allah kurniakan pada diri manusia itu?

Saya tidak pasti untuk menukilkan rintihan hati saya dengan lebih terperinci.

Kosong. Sedih. Buntu.

Saya cuba berinteraksi dengan rakan-rakan disekeliling. Cuba menghiburkan hati dan merapatkan ukhwah.

Saya menelefon & bertanya khabar keluarga saya di rumah. Rindu untuk bersama mereka tatkala mendengar suara Mami,Ayah & Nadiah di telefon.

Di tengah malam yang hening,saya bangun & berdoa padaNya untuk diberikan petunjuk & hidayah.

Setiap peluang untuk berjemaah di surau cuba saya rebut untuk menikmati ruh solat berjemaah.

Tetapi..

Semua itu masih meninggalkan saya ini dalam keadaan buntu,bercelaru & seakan hilang arah (kalau itu yang boleh saya katakan).

Mengapa hal ini terjadi? Saya cuba untuk koreksi diri.

Mungkinkah ikhlas itu tidak ada dalam beribadah?

Mungkinkah hati ini terlalu gelap untuk menerima nur dariNya?

Mungkinkah ada dosa atau hutang sesama manusia yang belum saya selesaikan?

Fikiran saya merewang-rewang mencari punca kenapa saya jadi begini. Tidak berhasil,malah saya semakin letih dari segi mental. Hati ini juga turut membantu mencari sebab itu dengan lebih ikhlas. Namun kesudahannya juga mengecewakan.

Saya bukan insan yang baik.

Melihat rakan-rakan yang alim,terasa kotor benar diri ini. Apa yang ada pada diri ini? Saya malu…

Ya Allah,aku tahu Engkau tidak membiarkan aku keseorangan. Engkau sentiasa menyayangi hamba-hambaMu. Wahai Tuhan Yang Pemurah lagi Maha Mengasihani,Wahai Tuhan Yang Maha Kaya & Luas Pemerintahannya, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui & Bijaksana.

Pimpinlah aku ke arah & jalan yang Engkau redhai. Janganlah Engkau menyesatkan aku setelah Engkau berikan petunjuk padaku. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini atas jalan Islam,jalan yang Engkau redhai.

Terasa kecil benar diri ini. Malu, semalu-malunya.

Akhirnya saya mengomel sendirian; Wahai Hatiku,apakah yang tidak kena denganmu? Berikan aku sedikit klu agar dapat aku merancang untuk memujukmu. Jangan biarkan hidupku ini kekosongan. Jangan biarkan aku ini buntu & tertanya-tanya. Ayuh,tolonglah aku!

Wednesday, March 02, 2011

Sedih

Ya Allah,aku sedang bersedih,gembirakanlah hatiku.

Ya Allah,aku sedih aku tidak kuat iman

Ya Allah,aku sedih aku bukan hambaMu yang terbaik

Ya Allah,aku sedih diri ini sudah lama lalai & leka

Ya Allah,aku sedih kehidupanku selama ini bersulam dosa

Ya Allah,aku sedih memikirkan yang aku ini tidak layak untuk syurgaMu

Ya Allah,aku sedih dengan upayaku untuk memimpin & menjadi imam yang baik

Ya Allah,aku sedih dengan kehidupanku yang kukira gagal setakat ini

Ya Allah,aku sedang bersedih..maka gembirakanlah hati ini Ya Allah

Engkaulah Tuhanku..

Sunday, February 27, 2011

Lukisan Alam :-)



Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai  
Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengaharpkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu

Sunday, February 06, 2011

Jaga diri :-)

"Jaga diri ya,"saya berpesan.

Saya suka berpesan sebegini kepada insan yang mempunyai tempat yang istimewa di hati saya.

Kerana saya belum tentu dapat bersamanya setiap masa,maka perlu saya katakan begini padanya setiap kali usai bertegur sapa dan berpisah.

Ayat ini juga biasa kita dengar diucapkan oleh ibubapa kepada anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang. Mengharapkan bahwa mereka boleh melepaskan anak-anak untuk hidup berdikari tanpa seliaan dan pantauan dari ibubapa. Setiap masa.

Begitu juga dengan saya.

Ya,saya tahu yang saya belum punyai anak-anak saya sendiri (bila agaknya? Haha) ; tetapi saya pasti ayat inilah yang sekurang-kurangnya boleh kita katakan pada kenalan-kenalan kita ketika hendak berpisah dari pertemuan dengan mereka.

Sebuah manifestasi perasaan yang berkata ; "Aku risau akan keadaanmu ketika kita tidak bersama. Dengan berat hati, aku lepaskanmu. Maka dengan itu,haruslah buatmu untuk menjaga dirimu daripada ujian-ujian dunia setiap hari. Aku harapkan,iman dan sabarmulah yang akan menjadi benih untuk terus menyuburkan kekuatan dalaman dirimu. Kita mungkin tidak bersama secara jasadnya,tetapi aku harap kamu tahu,ingatanku padamu sentiasa segar dan mekar. Kurangkanlah bimbangku dengan menjaga dirimu. Sehingga kita berjumpa lagi. "

Jangan hampakanku kerana ujian perpisahan itu sudah cukup susah untukku melaluinya.

Pesan

Maka dengan itu,jagalah diri anda ya. Saya sentiasa berharap yang kita akan berjumpa lagi.

Ibarat pantun tradisi ;

Kalau ada sumur diladang, Boleh saya menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang. Boleh kita berjumpa lagi.

Insya'-Allah :-)