Friday, May 08, 2009

dumb , dumber n dumberer..

just realized been fooled by a person..
& have no longer any faith left for that person..
the fact is,that i might be the laughing subject..
so do laugh to me my dearest friend..
i wont hold any revenge on you..
because it is the way it is meant to be..
so i don’t regret…
because i believe that when you do nice things, never expect the favor to be returned as it would dilute the joy….
by the way, this is just the way that i can tell what is happening..
because i’m getting dumb n dumberer..

Wednesday, December 10, 2008

Bila petanda diberi padaku...

"Zam, Pok Ri tengah koma sekarang.Accident motor tadi,"

Masya-Allah! Saya tergamam. Membaca mesej yang dihantar oleh abang saya itu menyebabkan saya yang baru bangun dari tidur , terus membeliakkan mata yang masih lesu.

Pak cik kami yang kami gelarkan sebagai Pok Ri sedang terlantar di hospital, bertarung antara hidup atau mati.

Terus, saya menelefon abang saya bertanyakan perihal insiden itu. Nasibnya baik. Walaupun tempurung kepalanya retak sedikit di bahagian tepi (dan dikatakan serpihan tulang tersebut masuk sedikit ke dalam otak), beliau terselamat. Namun, keadaannya yang masih tidak sedarkan diri membimbangkan pihak hospital.

3 Insiden

Dalam tempoh 2 bulan ini, 3 accident motor yang membabitkan orang-orang yang berkait dengan saya, telah berlaku. 2 kes melibatkan ahli keluarga saya (sepupu & pak cik) manakala 1 kes lagi melibatkan 2 orang budak batch saya. Terasa gerun sekali tatkala memikirkannya.


Sepupu saya itu, hilang kaki kirinya. Ketika menunggang motor di tengah hujan, nasibnya kurang baik apabila motor yang dibawanya tergelincir. Lalu, lori di belakang yang tidak sempat memberikan refleks yang cepat menggilis kaki sepupu saya itu.


Mujur hanya sebelah.Akan tetapi, saya masih tertanya-tanya ; bagaimana dia mengelak lori tersebut dengan hanya kehilangan sebelah kaki.Wallahualam.


Keadanya ketika itu kritikal, tetapi dia tidak panik.Lantas, kuranglah darahnya hilang kerana dia bijak menahan darah daripada mengalir dengan kadar yang cepat.Orang ramai datang dan dia segera dikejarkan ke hospital.Keadaannya stabil tetapi malang sekali kakinya tidak dapat disambungkan semula.


2 orang rakan satu batch saya pula lain ceritanya.Mereka jatuh tatkala membelok. Saya tidak pasti keadaanya bagaimana lantas tidak perlu saya mereka-reka kisah.Akan tetapi, sewaktu melawat kedua-dua mereka di Hospital Putrajaya,keadaan saudara Firdaus amat teruk.


Mati-mati saya ingatkan dia pesakit lain yang saya tidak kenali, lantas saya terus ke katil saudara Asywad.Keadaannya lebih stabil dan tidak memerlukan support machine untuk memantau pernafasan, tekanan darah, paras oksigen dan sebagainya.Ketika kami, rakan-rakan melawatnya, dia sedang tidur bagi mendapatkan rehat yang secukupnya.Lagipun, dia baru selesai menjalani pembedahan mulut akibat kemalangan tersebut.


Lain pula halnya akan saudara Firdaus.Rahangnya patah, giginya berselerak, bahagian kiri mukanya bengkak dan cedera teruk akibat bergesel dengan permukaan jalan .Maka bayangkanlah keadaan mukanya yang berubah sama sekali.Hiba sungguh tatkala melihat keadaannya.


Hospital


Lalu, pada cuti semester ini saya berpeluang ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk menjaga pak cik saya yang koma itu.Terkejut juga saya, tetapi keadaannya ketika saya sampai sudah agak baik berbanding seminggu yang lepas, itu kata Mami saya.


Sepanjang 2 minggu saya berada di sana, tiada perubahan ketara pada pak cik saya itu.Dan 2 minggu itu diisi dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran di sebelahnya.Saya juga diamanahkan untuk mengelap badannya dan menuangkan sedikit air Zam-zam ke dalam mulutnya.Pagi dan petang hanya dilalui dengan memakai baju biru khas memasuki kawasan pesakit-pesakit HDU.

Dan sehingga saya pulang ke Kuala Lumpur semula, dia masih koma.Semoga Allah menyembuhkanmu dan meringankan siksaan-Nya keatasmu, doa saya di dalam hati ini.

Petaka

Lantas, perlu sahaja saya peringatkan diri ini.Jika petunjuk sudah diberi, berubahlah kamu sebaik-baiknya.Takut-takut tatkala dilanda ujian-Nya, kamu tidak berkesempatan lagi.

Mungkin kamu akan hilang anggota badan.Mungkin kamu akan dicabut daripada dirimu kehebatan-kehebatan yang pernah kaumiliki satu masa dulu.Dan mungkin saja kau akan tidak ada upaya untuk bangkit.

Ya, sememangnya semua itu ujian Allah dan tidaklah Allah mendatangkan ujian kecuali ada hikmah di sebaliknya ; dan sesuai dengan kemampuan kita.Lalu, usah dihukum begitu saja peristiwa malapetaka dan musibah yang berlaku di sekeliling kita kerana ingat, Tuhan sedang berbicara kepada kita dalam bentuk ujian.

Dengan itu, janganlah kita membalas bicara Tuhan dengan sikap yang mendengkelkan.

Nasihat

Bila kita melihat kemalangan, kematian, kemusnahan, musibah dan sebagainya, ingat, itu satu bentuk petanda dari-Nya ; bahawa kita ini HAMBA! Yang bisa saja ditarik nikmat hidup, kemewahan dunia dan kehebatan diri.

Akhirnya, ingin saya seru beralihlah kembali kita pada-Nya setalah lama tersasar dari landasan Sirat-Al-Mustaqim..Amin.




Tuesday, December 09, 2008

Farshi Turab

Farshi Turab
(Dust is my bed)

Dust is my bed
embraces me
and its my cover now
the sand
surrounds me
even behind my back
and the graves tells a darkness
of my affliction
and the brightness
draws a line

And wheres my family's love?
they sold my loyalty!

And wheres my group of friends?
they left my brotherhood!

And where is the bliss of money?
its behind my back now

And my name(reputation), where is it's shine?
between praises?

This is my end
dust is my bed

And love farewells its longing
and my elegizing cried
and the tears went dry
after crying

And the universe become narrow
and so is my space

And the grave became
my ground and sky

This is my end
dust is my bed
and fear fills my estrangement

And sadness is my illness
I expect firmness and I swear

And for Allah I pray
faithfully
You're my hope
I desire heaven
to find bliss in it



Monday, December 01, 2008

Antara Timur dan Selatan

Duhai kawan
sekadar kata-kata, usah kecewa
kalau kumencalar
Kuabaikan Utara dan Barat
kerna Timur dan Selatan
itu lawan mereka
maka tak salah

Timur ,
atau Selatan?
kerna di Timur dapat kulihat
cahaya,Bulannya penuh mengambang
kerna di Selatan dapat kuamati
bahana,hasil Keris hanya hiasan

Timur,
atau Selatan?
di Timur Islam pilihannya
lalu Tanpa Islam, Mudah Untuk Roboh.
roboh kita, roboh kerjasama, roboh segalanya.

Timur,
atau Selatan?
di Selatan bangsa propagandanya
lalu Selama Engkau Lupa Akan Tuhan, Akhirnya Neraka.
neraka kita, neraka usahasama, neraka segalanya.

Timur,
atau Selatan?
buat pilihanmu sekarang
agar tenang..

Sunday, September 14, 2008

Amanat Orang Tua vs. Kehendak Hati Muda

"Nizam, kamu kalau nak berjaya, jangan sekali-kali fikir nak menggatal dengan budak perempuan,faham?" tutur Mami saya. Di sebalik suara lembut itu, dapat saya rasakan 'ugutan' yang diselitkannya.

"Haha,relax la Mi, orang confirmnya takkan couple,"jawab saya dengan penuh keyakinan.

SDAR

Melihat kembali kehidupan 5 tahun di Sekolah Dato' Abdul Razak,corak kehidupan di situ memang senang sekali melalaikan saya dari memikirkan sebarang hal berkaitan perempuan.Kesibukan belajar dan menempuh aktiviti seharian bersama-sama sahabat Gemilang 03'7 dan SDARians yang lain tidak membenarkan saya mencari ruang walau sedikitpun untuk saya berfantasi dengan mana-mana gadis idaman!

Adalah juga kursus-kursus yang saya hadiri yang memerlukan pergaulan dengan perempuan,tetapi Alhamdulillah ketika itu tidak ada apa-apa yang lebih berlaku antara saya dengan mana-mana peserta perempuan.Saya berbincang dengan biasa dengan mereka walaupun tidak saya nafikan ada sebahagiannya mempunyai raut wajah yang bisa mencairkan hati kawan-kawan saya.

"Wah Zam,best la kau tadi kan borak dengan minah tu!Korang borak pasal apa tadi?Ohh..dah pandai eh kau sekarang ni,"usik member saya yang sorang ni.Tergelak saya.

"Ohh, habis tu selama ni kau ingat aku ni bodoh la ya?"sengaja saya menempelaknya kembali.Pandai apa yang dimaksudkan? Tanyalah pada member saya ni.Entah apa-apa yang dia merepek ketika itu.

Seriously, pergaulan saya dengan sahabat-sahabat saya seperti Lebaijawi dan Ibn Kamaluddin(sekadar menyebut beberapa nama) mengukuhkan pendirian saya agar tidak terjebak dengan Cinta Monyet seawal usia yang mentah ini.Saya berterima kasih pada mereka.

Namun, sampai 2007 sahaja kami bersama kerana selepas itu,masing-masing membawa hala tuju masing-masing.Dengan itu, saya harus bergerak dengan pendirian yang telah disemai.

Jauh

Dalam merencana kehidupan yang bukannya under-18 lagi, saya akur kehidupan kini lebih mancabar.Besarnya cabaran hingga saya alpa dengan pendirian yang dibina!

Kini, saya dapat merasa kembali suasana belajar bersama-sama dengan pelajar perempuan.Suasana yang ada positif dan negatifnya.

Positif: Saya tidak lagi berada dalam zon selesa.Sikap aktif pelajar perempuan dalam bertanya soalan dan kerajinan mereka melengkapkan tugasan yan diberi memberikan saya perspektif yang baru dalam menilai kembali gaya belajar yang efektif!

Negatif:Lebih kepada kegagalan saya dalam mengawal perasaan dan kelakuan.Saya semakin pendiam dalam berkomunikasi dan ada kalanya kekok untuk berkata-kata.

Dan..pendirian saya mula jauh dari apa dibina.Hati saya terkesan tatkala melihat seorang pelajar ini.Memalukan dan mengaibkan juga kerana penangan Cinta Monyet sudah menyerang.Hati saya tidak lagi tenteram dan semakin tenggelam.Jauh..teramat jauh..

Member pulak kata apa? Di sini dapatlah saya katakan,rata-ratanya semakin menggalakkan saya agar mengapproach kepada pelajar itu dan belum seorang lagi pun yang menunjukkan jalan keluar yang seeloknya!Saya hampa dengan 'nasihat-nasihat & tips-tips' yang diberi.Isinya lebih kepada; mendekati insan,menjauhi Tuhan.

Keluarga

Lantas beberapa hari yang lalu, saya meluahkan kepada keluarga saya; kelemahan iman ini dalam memerangi pergolakan jiwa muda ini.Sesudah berbual dengan kedua-dua orang tua saya dan juga abang saya..hati ini mula tenang dan tenteram.Tatkala itu,hati saya terharu sekali teringatkan diri ini yang hampir-hampir mengkhianati amanat ibubapa.

Saya akur,bukanlah harapan ibubapa saya berbelanja beratus-ratusan setiap bulan menghantar saya ke universiti; semata-mata unuk diri ini mencari buah hati.Bukan itu tujuannya!Saya akur..

Jika demikian halnya(yakni saya berpacaran), saya tiada lagi maruah apabila berhadapan dengan ibubapa saya kerana sesungguhnya saya telah menderhaka kepada mereka.