Sunday, February 27, 2011

Lukisan Alam :-)



Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai  
Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengaharpkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu

Sunday, February 06, 2011

Jaga diri :-)

"Jaga diri ya,"saya berpesan.

Saya suka berpesan sebegini kepada insan yang mempunyai tempat yang istimewa di hati saya.

Kerana saya belum tentu dapat bersamanya setiap masa,maka perlu saya katakan begini padanya setiap kali usai bertegur sapa dan berpisah.

Ayat ini juga biasa kita dengar diucapkan oleh ibubapa kepada anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang. Mengharapkan bahwa mereka boleh melepaskan anak-anak untuk hidup berdikari tanpa seliaan dan pantauan dari ibubapa. Setiap masa.

Begitu juga dengan saya.

Ya,saya tahu yang saya belum punyai anak-anak saya sendiri (bila agaknya? Haha) ; tetapi saya pasti ayat inilah yang sekurang-kurangnya boleh kita katakan pada kenalan-kenalan kita ketika hendak berpisah dari pertemuan dengan mereka.

Sebuah manifestasi perasaan yang berkata ; "Aku risau akan keadaanmu ketika kita tidak bersama. Dengan berat hati, aku lepaskanmu. Maka dengan itu,haruslah buatmu untuk menjaga dirimu daripada ujian-ujian dunia setiap hari. Aku harapkan,iman dan sabarmulah yang akan menjadi benih untuk terus menyuburkan kekuatan dalaman dirimu. Kita mungkin tidak bersama secara jasadnya,tetapi aku harap kamu tahu,ingatanku padamu sentiasa segar dan mekar. Kurangkanlah bimbangku dengan menjaga dirimu. Sehingga kita berjumpa lagi. "

Jangan hampakanku kerana ujian perpisahan itu sudah cukup susah untukku melaluinya.

Pesan

Maka dengan itu,jagalah diri anda ya. Saya sentiasa berharap yang kita akan berjumpa lagi.

Ibarat pantun tradisi ;

Kalau ada sumur diladang, Boleh saya menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang. Boleh kita berjumpa lagi.

Insya'-Allah :-)

Tuesday, December 07, 2010

Rapuh ~

Halwa telinga di pagi hari..

Aku terkesan mendengarnya..

Mari dengar :-)




Demotivated

"Betul ke nak ambil perubatan ni?"

Soalan yang selalu bermain di dalam kepala pelajar-pelajar perubatan.

Aku tidak terkecuali.

Di saat-saat soalan ini muncul menghantui aku,wajah-wajah orang yang aku sayangi muncul silih berganti.

Ayah,Mami..aku tahu kalian sangat mengharapkan aku.

Kamal,Iwan..doakan adik kalian ini berjaya.

Irfan,Nadiah..aku cuba menjadi contoh buat kalian.Doakan aku.

Ya Allah.Ikhlaskanlah kembali niatku ini untuk mencari keredhaanMu.

Aku perlu kembali semangatku.Ke mana kau menghilang?

Aku perlukanmu.

Sunday, November 28, 2010

Rindu..

Bercakap mengenai rindu,ada 2 lagu yang bermain di fikiran saya.

Nostalgia dan sedap untuk dihayati :-)


RAYUAN RINDU - RAIHAN








RINDU - HIJJAZ